FOLLOWERS

Friday, March 29, 2013

sunset di Pangkor Island Beach Resort (part 1)

assalammualaikum =)

alhamdulillah...kami berempat dpt bercuti ke Pangkor Island Beach Resort baru2 ni. walaupun hanya untuk 2hari 1 malam, percutian ini meninggalkan kenangan indah dan pengajaran yg bermakna pada sy dan en.suami sebagai ibu bapa. betul lah org kata, ilmu keibubapaan ini tak pernah habis utk dipelajari. rasa mcm dah cukup ilmu di dada, tapi sbnrnya masih byk yg kita perlu master utk pastikan anak2 sentiasa dapat yg terbaik. 
bercuti bersama dgn anak2 bermakna kita enjoy cara dah ada anak. tak blh nak berkepit sgt mcm pasangan lain. priority anak2 diutamakan. mereka happy, maka happy lah kita... :-)

percutian kali ini kami diuji dgn 1 kejadian yg tidak disangka2. 
selepas puas bermain air di swimming pool dan pantai, kami semua pulang ke bilik untuk bersihkan diri. 
ada bath tub so anak2 request nak main air kat bath tub plak.
si abah dah setting water system tu dan dah pesan pun kat iman amal jgn usik apa2.
tapi silap kami tak explain kat mereka JGN USIK BUTTON MERAH SEBAB TU UTK HOT WATER. 
masa tu sy dan en.suami berada btl2 bersebelahan bilik air, tgh kemas apa patut. tetiba dgr anak2 meraung sekuat hati terus keluar dr bilik air. jelas nmpk mereka kesakitan yg amat sgt.
berdebarnya rasa hati masa tu tuhan saja yg tahu.
rupanya abg iman terpulas tombol merah, full plak tu! dan air panas terkena bhgn peha mereka berdua. kesian sgt2...mereka menangis kesakitan yg amat sgt. 
sy pujuk si adik, en.suami pujuk si abang...
sy cpt2 alirkan air sejuk pada peha amal. peha abg iman tak kot, masing2 dah panik masa tu. tu sbb kesan lecur pd peha abg iman lebih teruk dr amal...
saya sapu lotion byk2...sapu ubat gigi byk2...apa lagi. 
tak blh jadi ni. sy call pihak hotel and mujur ada clinic kat resort ni. 
abg iman pi klinik dulu, sbb masa ni amal dah tertido dlm kesakitan.
then dpt call dr en.suami inform docotr suh bwk amal sekali utk sapu ubat dan balut.
since that, amal merengek sangat222222222222222 yg amat menguji kesabaran, seterusnya spoil the holiday. kalau dia merengek sbb sakit yer sy masih blh bersabar, ni dia merengek NAK GASING BAY BLADE! aduhhhh mana nak caring gasing tu kat resort ni. dah ler resort ni jauh dr town. mujur abg iman ok jer x merengek and continue enjoy the activities at the resort. dia dah besar, dah faham bahasa, dah blh tahan sakit... amal kan masih kcil. blm lagi 4thn of coz dia mengeluarkan tantrum sbb mood dia pun dah terganggu dek kerana sakit. nak salahkan abg iman? tidak sama sekali, dia tak tau...silap pd kami tak explain kat dia. so gambar gedik sekitar resort ni mmg sikit jer. tu pun senyum terpaksa depan camera. amal merengek sgt2. sy jd tension. klu difikirkan mmg rugi tak dpt btl2 enjoy masa kat resort ni. dah ler bkn senang nak pi bercuti ke resort 4star mcm ni. klu kaya takpe jgk. en.suami pujuk si isteri yg dah mula moody ni dgn ayat yg mmg tak blh blah: takpelar yang...nanti ada rezeki kita pi pangkor laut plak yer. kita pi berdua jer. pangkor laut???? mulalar aku merancang....hahaha...
so kat entry pemanas percutian kami di Pangkor Island Beach Resort ni, 
kita tgk dulu gambar sunset di sini yg sgt indah...subhanallah!

 bkn senang nak snap pic ni sbb masa ni amal sgt2 merengek meragam bagai...mcm2 dia nak. kesian kat dia.
jenuh memujuk. 




 the best capture...using my smartphone :-)

 saya sukaaaaaa sgt gambar ni. 


itu dulu...nnt sy sambung lg berkenaan percutian kami ok :-)

bye semua!

SILA EMAIL SAYA JIKA BERMINAT UNTUK TEMPAH TUDUNG

2 comments:

Tie HT said...

cantiknya pulau pangkor :)

ellynadyra said...

cantiknya TA....saja tau, nak wat list la dlm jalan2 cari pasal

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH