assalammualaikum =)
dah ahad...hari terakhir cuti sekolah. esok dah mula bekerja seperti biasa. terasa kejap plak cuti kali ni. pejam celik pejam celik dah nak berlalu pun cuti 9 hari. mcm byk jer lagi benda yg nak dibuat kat rumah ni tp tak dpt buat. nak kata setiap hari bermalasan tak buat apa2 mmg tipu, hari2 mcm lipas kudung buat itu ini tau tak. so far preparation utk esok semua dah siap. so hari ni sy cuma melayan anak2 di rumah. tp en.suami tetap kena keluar gak sbb ada hal yg perlu diuruskan. tak best btl klu masa kita ada kat rumah dgn anak2, dia takde plak. tp nak buat mcm mana dah tanggungjwp dia kena pi ambik budak2 rugby tu. isteri dia ni, muncung jgk ler kejap td hehehe... teruk btl.
alhamdulillah, lecur di kaki iman dan amal dah semakin baik. lecur di kaki iman yg nmpk lbh teruk. tp dia kuat. dia ok jer mcm biasa. sesekali mengadu sakit. kesian anak mama. batuk selsema pun nmpknya dah hilang 100% dr anak2 saya. yg kecik tu terutamanya nmpk semakin berselera makan wlupun masih dlm portion yg sedikit. bak kata doctor, jgn biar perut dia kosong, mesti sentiasa masuk hatta air semata.
esok..agaknya bermula fasa baru saya di sekolah. bukan mudah menyandang GC ni. byk tanggungjwp yg perlu dilaksanakan sebaik mungkin. kadang tu kita dah buat yg terbaik tp org lain tetap mengata jgk kan...
so yg penting niat bekerja kerana Allah SWT..insyaallah...semua akan ok. kena yakin :-) moga sy dpt lalui hari2 selepas ini dgn lebih baik...esok dah mula balik lambat lg uwwaaaaa!! uiks..tetiba teringat kerja2 yg perlu dilaksanakan di sekolah bermula esok. banyaknya!
apapun...selamat berhujung minggu buat semua!
peace no war!

No comments:
Post a Comment