assalammualaikum =)
it's monday! good morning evryone!
hamboi TA....pagi2 dah ngadap blog? kata byk keje....
hahahaha....
ni scheduled entry yer kawan2. skang ni tgh assembly mana blh ngadap blog.
ini kisah ahad pertama dlm cuti sekolah last week. perghhhh banyak ler citer basi lepas ni. kisah percutian di PIBR pun tak habis lg, baru 1 entry jer pasal sunset hehehe
ok ahad lepas-;epas kami berempat membelah keheningan dinihari menuju ke pasar shah alam. amacam ayat TA? hahaha...sabor jer lar. lps ronda pasar shah alam, kami berdesup plak ke aeon bukit raja sbb dah janji dgn anak2 nak bawak tgk bola kampung the movie.
seperti dijangka, penonton kanak2 mmg ramai.
mak bapak ni sengih2 jer lar tgk gelagat anak2 yg mmg bising bersorak bertepuk tgn masa tgh tgk citer ni.
citer ni mmg best. husband pun kata best. tp dek kerana ianya masih 'kartun' maka mama tertido2 gak kat dlm tu hahaha...mama mana ler layan cartoon. lain ler abah, mmg gelak sama2 dgn anak tgk carton kat rumah pun hehehe.
ada sekali tu masa mama tertidur dlm cinema ni, amal kat sebelah mama tetiba berbisik kat telinga mama tanya: mama, blh ke tido kat sini? hahaha...anak pun perasan mama dia dah tertido! sedar2 jer tgh scene
diorang lawan main bola dgn robot. tah mcm mana blh smpi scene tu mama tak tau hahaha..
tp anak2 sy mmg tgk sungguh2. siap tepuk tgn menjerit bagai.
jom baca sinopsis filem ni.
Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.
Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.
Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.
Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.
Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.
sy punyalar tertanya2 saper punya suara utk watak puteri amanda tu sebab suaranya mcm pelik2 sket.
rupanya suara masha milan londoh hehehe...
oklah...sesaper yg blm sempat bawa anak tgk movie ni, silalar bawak yer. sbb anak2 kata best sgt mama! terima kasih mama terima kasih abah! mama touching...
itu dulu...bye semua!
EMAIL SAYA JIKA BERMINAT NAK TEMPAH TUDUNG YA :-)



4 comments:
Bestnya tengo bila anak2 seronok....(^_^)
xtengok lagi....
sonok lah dorang yer.. citer kanak2.. kalo zura mungkin tertido jugak kot.. hahaahha
eh eh baru tau cite ni dah kuar....wajib bwk anak2 nih
Post a Comment