assalammualaikum =)
finally its cuti again yeayyyy!
sape tak suka cuti hoi. 6 hari tu selasa-ahad hehehe
masa cuti lar baru sy dpt duduk kat soho kesayangan sy ni and update blog.
masa kerja sekarang sgt susah nak update blog sbb list to do sgt pjg utk diselesaikan.
ini semalam punya kerja.
smpi sekolah kul 7.30 tu terus attend assembly di depan asrama.
then 7.45-8.15 adalah masa utk program keluarga sbp.
bertemu mentee selama setengah jam, mentee adalah pelajar lelaki.
perjumpaan diadakan di dorm.
allahhuakbar, dorm lelaki ni 'hebat' sgt hahaha
tergerak di hati nak bantu utk deko2 dorm mentee TA ni seperti sy bantu deko dan kemas kelas 3R.
tapi mampukah?
mampu di sini adalah mengenai masa ya kawan2...
adeh...blh ke?
tamat perjumpaan dgn mentee, bergegas ke kantin utk breakfast.
then bermula lah TA jadi lipas kudung menyelesaikan to-do-list sebelum cuti.
pengurusan anak tetap berjalan which is kul 11.30am kena ambik amal dr pra dan hantar rumah pengasuh.
then makan tgh hari, then sambung lagi buat kerja.
alhamdulillah semua selesai menjelang kul 2pm.
bergegas pula ke dewan ibnu khaldun utk handle pendaftaran ibu bapa yg dtg mesyuarat agung pibg.
ya semalam sy 'stuck' kat mesyuarat agung pibg smpi ler kul 5pm huwwwaaaaaa!
rasa mcm dok dlm sauna je kat situ.
panas btl, econ dan kipas mcm tak berfungsi je rasa.
5.30ptg ambik anak2, kul 6.10ptg smpi umah.
rasa tak jejak lantai je masa tu sbb badan letih sgt, so rasa melayang2.
rehat jap, buat apa patut, layan anak2, then kul 8.30 sy dah tido huhuhuhu
semuanya en.suami yg handle lepas tu.
pagi td, 4.30am sy dah tersedar.
buatlah apa patut.
selesai.
tu yg sekarang blh online kekekeke
jap lg kul 9am dah kena hantar anak2 ke rumah pengasuh.
sy dan en.suami nak bawa emak ke eye specialist di setia alam.
mak nak tukar spec baru, tetiba scanner kat kedai spec tu tak dapat baca power mata mak.
maybe sebab ada cataract kot.
so amoi tu suh bawak mak ke eye specialist.
kebetulan hr ni cuti, so jom kita mak pi jumpa eye specialist.
harap2 hari ni juga sempat nak renew passport.
you all ke mana cuti ni?
kami takde ke mana pun, balik kg pun tak, sebab mulai esok hsuband dah busy dgn rugby.
eh apsal tetiba aku rasa dah mcm tulis diari gamaknya ni?
adehhhh takpelah kan, sesekali.
byk nak share cerita kat sini sbnrnya u all, tapi tak sempat.
nnt lah ok.
itu aje.
bye semua!


1 comment:
wahhhh lama nya cuti ..sekolah fahim khamis ni baru start
Post a Comment